Jimat Ruang dengan Katil Dua Tingkat
Katil dua tingkat adalah pilihan yang terbaik jika anda mahu menjimatkan ruang dan pada masa yang sama mendapat keselesaan semasa tidur. Katil dua tingkat pada hari ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Katil dua tingkat keluli atau logam adalah yang paling popular kerana ia lebih stabil dan tahan lama. Selain itu, katil ini juga memberi kepelbagaian fungsi dalam bilik anda.